8 January 2019

FUNGSI DAN PERANAN APM

Fungsi Pertahanan Awam

Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia :
  • Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
  • Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
  • Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
  • Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
  • Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
  • Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  • Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
  • Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Peranan Pertahanan Awam


  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

MISI, VISI DAN OBJEKTIF

Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:
SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.
SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto

VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.
MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.
MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

Objektif

Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
  1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
  2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
  3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
Memberi respond kepada bencana dengan cara:
  1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
  2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
  1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
  2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
  3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Teras Strategik

  1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan
  2. Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara
  3. Pemerkasaan angkatan
  4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan

Nilai & Teras

  1. Integriti
  2. Komitmen
  3. Kualiti
  4. Inovasi Dan Kreativiti
  5. Profesionalisme
  6. Semangat Kekitaan dan Sepunya
  7. Keterbukaan
  8. Kebolehpercayaan

LOGO ANGKATAN PERTAHANAN AWAM


KONSEP LOGO 

Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan.

SEGITIGA SAMA DAN WARNA OREN 

Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan.

SENTIASA SIAP SEDIA    

Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan.

BUNGA PADI   

Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.

TAPAK LOGO     

Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan.