28 January 2019

LATIHAN MINGGUAN : LAIN - LAIN KES (LLK)

LATIHAN MINGGUAN : LAIN - LAIN KES (LLK)
TARIKH : 27 JANUARI 2019
ANGGOTA : 7 X PEGAWAI
                    30 X ANGGOTA

PADA 27 JANUARI 2019, JAM 0800-1200 SERAMAI 7X PEGAWAI DAN 30X ANGGOTA LAIN LAIN PANGKAT TELAH MENJALANKAN LATIHAN LAIN-LAIN KES ( POKOK TUMBANG).  LATIHAN INI TELAH MENGAJAR DAN MENGULANGKAJI CARA CARA UNTUK MENEMBANG POKOK,  MENCUCI GERGAJI RANTAI / CHAINSAW. SETELAH DITUNJUR AJAR TENTANG GERGAJI RANTAI, RAMAI ANGGOTA DAPAT MERASA SITUASI SEBENAR APABILA BERLAKU POKOK TUMBANG. TERIMA KASIH KEPADA YANG MENGAJAR KERANA BERKONGSI ILMU.















 




























20 January 2019

PERJUMPAAN PERTAMA & BACAAN YASSIN

LATIHAN MINGGUAN : PERJUMPAAN PERTAMA & BACAAN YASSIN
TARIKH : 20 JAN 2019
ANGGOTA : 7X PEGAWAI  35X LAIN LAIN PANGKAT


PADA TARIKH 20 JANUARI 2019, PIHAK APM LMS TELAH MEMBUAT SATU PERJUMPAAN PERTAMA DI PDPA TAIPING. PERJUMPAAN PERTAMA INI ADALAH UNTUK MERANCANG PROGRAM - PROGRAM  UNTUK SUKU TAHUN PERTAMA. SELAIN DARIPADA ITU PIHAK KAMI JUGAK TELAH MEMBUAT BACAAN YASSIN SELEPAS PERJUMPAAN DENGAN MENJEMPUT PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ.  DENGAN PROGRAM SEBEGINI PIHAK LMS DAPAT MENGERATKAN SIRATULRAHIM ANTARA ANGGOTA.  









  




























































10 January 2019

KES MENANGKAP ULAR


KES MENANGKAP ULAR (KMU)

Khamis 10/1/2019, Pusat Kawalan Operasi Daerah (Pkod) Taiping Menerima Kes Menangkap Ular (KMU) Pada Jam 1950 Petang. Sumber Panggilan Daripada RC Kuala Lumpur. Pihak Apm Taiping Menghantar Seramai 4x Kekuatan Anggota Lain- Lain Pangkat Dengan Menaiki Kenderaan CA 306. Lokasi Di Taman Mewah Kamunting Taiping, Perak. Status Ular gagal dikesan.



KES MENANGKAP ULAR (KMU)

Khamis 10/1/2019, Pusat Kawalan Operasi Daerah (Pkod) Taiping Menerima Kes Menangkap Ular (KMU) Pada Jam 2106Petang. Sumber Panggilan Daripada RC Melaka. Pihak Apm Taiping Menghantar Seramai 4x Kekuatan Anggota Lain- Lain Pangkat Dengan Menaiki Kenderaan CA 306. Lokasi Di Kampung Jambu, Perak. Status Ular Tedung Senduk Berjaya Ditangkap.


KES MENANGKAP ULAR (KMU)

Khamis 10/1/2019, Pusat Kawalan Operasi Daerah (Pkod) Taiping Menerima Kes Menangkap Ular (KMU) Pada Jam 2209 Petang. Sumber Panggilan Daripada RC Melaka. Pihak Apm Taiping Menghantar Seramai 4x Kekuatan Anggota Lain- Lain Pangkat Dengan Menaiki Kenderaan CA 306. Lokasi Di Taman Aur Damai Taiping, Perak. Status Ular Tedung Senduk Berjaya Ditangkap.


9 January 2019

LAIN - LAIN KES (LLK) (LORI TERSANGKUT POKOK)


LORI TERSANGKUT POKOK 

Rabu, 9 Januari 2019, Pusat Kawalan Operasi Daerah Taiping (PKOD) telah mendapat panggilan jam 2148 Petang. Sumber Panggilan daripada RC Kuala Lumpur. Dengan Kekuatan 5x LLP. Lokasi di Taman Tasik Taiping. Status Lori berjaya dialihkan






8 January 2019

JOM SERTAI SUKARELAWAN APM !


Sukarelawan Pertahanan Awam

Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-
  • Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
  • Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
  • Mempelajari ilmu Pertahanan Awam

Objektif

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-
  • Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
  • Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat.
  • Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.

Keanggotaan

Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
  1. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  2. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
  3. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
  4. Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
  5. Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Faedah Menyertai Anggota

  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku